Isi Kandungan Ebook Ini :-
- Bab 1 : Pengenalan Ikan Tilapia. Mengandungi info asas pengenalan mengenai ikan tilapia seperti potensi penternakan, jenis-jenis spesis ikan tilapia yang biasa diternak di Malaysia dan juga ciri-ciri Ikan Tilapia yang sesuai dengan cuaca dan iklim di Malaysia. Jenis-jenis ikan yang memberikan isi ikan yang akan memberikan keuntungan kelak dan jenis Ikan Tilapia baru yang boleh mencepatkan masa untuk tuaian.
- Bab 2 : Perihal Kolam. Maklumat lengkap berkaitan kolam. Dari mula mengenalpasti jenis kolam, lokasi yang sesuai untuk membina kolam, pengiraan kos membuat kolam, peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membina dan mengurus kolam. Turut diceritakan di dalam bab ini tentang aspek jadual pembersihan kolam .
- Bab 3 : Benih Ikan. Bagaimana memilih benih ikan yang terbaik, berapakah saiz yang sesuai dan berapakah harganya? Berapa banyak benih yang diperlukan? Dimana mahu mendapatkan bekalan benih ikan? Semuanya ada di ceritakan di dalam bab ini
- Bab 4 : Makanan Ikan. Kolam dan selesai! Benih pun dah selesai! Sekarang, masuk pula bab makanan! Apakah makanan yang sesuai untuk ikan tilapia? Setiap peringkat tumbesaran ikan tilapia, memerlukan makanan yang berbeza! jadi, ketahui segala hal tentang makanan ikan di dalam bab ini!
- Bab 5 : Makanan Rumusan Sendiri. Menceritakan dengan ringkas bagaimana membuat makanan sendiri yang boleh menjimatkan kos penternakan serta menerangkan serba sedikit mengenai rumusan makanan serta alatan-alatan yang perlu ada.
- Bab 6 : Penyakit Ikan & Cara Rawatan. Senarai beberapa penyakit yang biasa menyerang ikan dan juga langkah-langkah bagaimana mengatasi atau merawat penyakit-penyakit tersebut.
- Bab 7 : Penjualan Hasil Ternakan. Bagaimana untuk menuai hasil ternakan? Berapakah harga jual yang mahu diletakkan? Kepada siapa ikan-ikan ini boleh dijual? Apakah faktor yang mempengaruhi harga jualan ikan? Semuanya di tunjukkan dalam bab ini!
- Bab 8 : Kesilapan-Kesilapan Penternak Ikan. Ini adalah antara bab yang paling penting! Tidak ramai penternak yang ingin berkongsi tentang kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan yang boleh menyebabkan mereka kerugian berpuluh ribu ringgit sewaktu sedang mengusahakan projek penternakan ikan ini! Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan kesilapan-kesilapan yang seringkali dilakukan oleh pengusaha penternakan ikan. Info di dalam bab ini sahaja mampu menyelamatkan berpuluh-puluh ribuan wang anda!
- Bab 9 : Risiko Penternakan. Eh? Siapa kata menternak ikan tilapia ini tiada risiko? Dalam bab ini saya kongsikan 6 risiko yang sentiasa berlaku dan perlu dihdapai oleh penternak ikan tilapia. Anda perlu bersedia menghadapi risiko-risiko ini apabila ingin menjalankan projek penternakan ikan tilapia.
- Bab 10 : Kisah Kejayaan. Sedikit kisah-kisah kejayaan penternak lain sebagai suntikan motivasi untuk anda memulakan projek penternakan ikan tilapia.
- Bab 11 : Organisasi Rujukan. Senarai beberapa organisasi yang boleh membantu anda apabila anda menjalankan projek penternakan ikan ini. Organisasi ini sedia membantu dari segi ilmu, bantuan, pemasaran dan sebagainya.
- Bab 12 : Pinjaman. Mungkin anda kekurangan modal untuk memulakan projek penternakan ikan ini. Jadi, disini, saya kongsikan beberapa agensi kerajaan dan pihak bank yang sedia menawarkan pinjaman bagi anda memulakan projek penternakan anda
- Bab 13 : Pendaftaran Syarikat/Perniagaan. Apabila anda ingin menjalankan projek penternakan ini secara serius, maka adalah penting untuk anda mendaftarkan projek anda sebagai sebuah perniagaan atau syarikat. Ianya adalah bertujuan untuk anda menguruskan wang keluar masuk untuk projek anda serta memudahkan anda untuk membuat pinjaman kelak.
- Bab 14 : Senarai Semak. Senarai semak yang boleh digunakan untuk membantu mengingatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan peniagaan ini.
Makluman
Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
Muhammad Zhafran
Penulis Ebook Ikan Tilapia
Reviews
There are no reviews yet.