Adakah anak anda selalu dapat markah yang rendah setiap kali ujian matematik dilakukan? Subjek lain ok.. tapi untuk subjek matematik, selalu dapat markah C, D dan kadang-kala, pernah juga dapat E.
Tahukah anda?
Itu sebenarnya, adalah antara simptom-simptom yang disebabkan oleh anak anda masih belum menguasai sifir dengan sebaiknya. Ya! Kegagalan anak-anak untuk menguasai sifir, akan menyebabkan masalah yang berangkai…. Mereka akan sukar untuk menguasai lebih banyak topik di dalam matapelajaran matematik seperti pecahan… pembahagian… perpuluhan.. dan peratus. Akibatnya.. mereka akan berasa tidak seronok dan stress untuk belajar matematik, sekaligus menyebabkan mereka ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Semuanya gara-gara disebabkan “belum dapat menghafal & menguasai sifir” dengan baik.
Bagaimana Nak “Detect” Anak Sudah Hafal Sifir Atau Belum?
Sebagai ibu bapa, sememangnya kita agak sibuk dan kadangkala terlepas pandang untuk melihat prestasi dan perkembangan pembelajaran anak-anak. Kita tak sempat nak semak buku latihan anak setiap hari dan tak sempat nak pantau anak-anak di dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberi.
Apatah lagi untuk mengesan sama ada mereka faham atau tidak apa yang diajarkan oleh guru? Namun begitu, untuk mengesan sama ada anak sudah benar-benar atau masih lagi belum menghafal sifir.. ada cara mudah untuk mengesannya.
Caranya adalah…. Tanya mereka secara spontan! Ya.. Tanya mereka secara spontan…. seperti sewaktu kita sedang makan bersama anak-anak… atau sewaktu sedang duduk santai menonton tv… atau.. sewaktu di dalam kereta. Pada waktu-waktu santai begitu… tanya sahaja mereka secara santai dan spontan…. sebagai contoh… “Adik…. 6 darab 7 berapa?”….. selepas dia jawab… terus tanya lagi.. “Kalau 8 darab 6?”…. “7 darab 4 berapa pula?”
Jika mereka dapat berikan jawapan dengan cepat dan tepat .. maka itu bermakna mereka sudah pun menguasai & menghafal sifir… TETAPI… jika mereka mengambil masa yang sedikit lama….(lebih dari 1 minit).. dan kemudian berikan jawapan yang salah pula atau tidak berikan jawapan langsung… itu bermakna, mereka sebenarnya belum betul-betul menguasai sifir.
Jadi.. cuba test anak anda! 😉
Anak Saya Belum Hafal Sifir… Jadi, Apa Boleh Saya Buat?
Pada kebiasannya… masalah anak belum hafal sifir ini selalunya akan dipantau dan akan dibimbing oleh guru-guru disekolah. Guru-guru akan cuba bantu sehabis baik untuk memastikan semua murid dapat menghafal dan menguasai sifir. Namun begitu…. disebabkan wabak Covid-19 yang melanda dan menganggu sesi persekolahan anak-anak. Bimbingan dan pemantauan tersebut, tidak lagi dapat dilakukan dengan berkesan.
Oleh itu… Sebagai ibu-bapa yang prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang pendidikan dan perkembangan pembelajaran anak-anak, ibu-bapa perlulah bersedia mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan untuk memantau dan membantu anak-anak menguasai kemahiran asas di dalam matematik ini.. iaitu menghafal sifir..
Namun begitu… persoalannya…
Macam Mana Nak Ajar Anak Saya Agar Dia Boleh Kuasai & Hafal Sifir?
Ya! Bukan semua ibu-bapa mempunyai kemahiran untuk mengajar dan membimbing anak! Lebih-lebih lagi jika anak kurang pantas untuk “menangkap” apa yang diajarkan…. memang rasa “panas” je dalam hati! Tetapi.. bila fikir-fikir semula.. adakah benar anak yang “kurang cekap” belajar… atau sebenarnya.. kita yang kurang tepat di dalam mengajar dan memberi bimbingan?
Cuba kita renung-renungkan sebentar…!
Baiklah…..! Saya akan tunjukkan kepada anda… Bagaimana untuk mengajar dan membantu anak anda.. supaya mereka dapat menghafal sifir dengan mudah dan pantas! Hafal sifir 1-12 dalam masa 14 hari sahaja… malah boleh jadi.. lebih singkat jika ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat!
Saya akan tunjukkan… KAEDAH & RAHSIANYA! di dalam ebook ini.
Osman Affan
Pengasas Program MathMedic
& Penulis eBook Hafal Sifir
Reviews
There are no reviews yet.