Di sini saya kongsikan anggaran kos secara kasar untuk memulakan perniagaan / bisnes air balang!
ANGGARAN KOS PERMULAAN!
———————————————-
Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang.
- 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
- 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
- 2 kerusi : RM 10-RM20
- 1 alas meja : RM30-RM40
- 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
- 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
- 1 unit bekas air gula: RM5-10
- 1 pek plastik bungkus Air 7×10 atau 8×12: RM4 – 8(Per pack )
- Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
- 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
- 1 dozen Straw: RM 5-6
- Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)
Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000
BERAPA PULA MODAL HARIAN?
———————————————-
Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual! Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.
POTENSI JUALAN & UNTUNG?
———————————————-
Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari. Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3. Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405
Tolak modal harian… RM405 – RM100 = RM305
Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)…
RM305 X 25hari = RM7,625
UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!
BAGAIMANA?
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes air balang ini! Boleh dapatkan ebook ini.
Mizan Sulaiman
Penulis Ebook Bisnes Air Balang
The Real Usahawan Bazar Ramadhan!
Anonymous –
assalamualaikum tn mizan. saya dh beli dan baca ebook bisnes balang air. mmg puas hati. praktikal!
Hamba Allah –
Salam boss… terima kasih atas resepi yg ajarkan memang terbaik…. cuma nk bertanya kalu air balance yg xhabis dijual.. blehke disimpan utk kegunaan keesokanya? mcm sy sy buat buat air tembikai n mangga… tq
Abdullah –
Terima kasih banyak-banyak.. Saya berpuas hati dengan ebook yang tuan mizan buat tu..