Dari suami tunggul kepada suami unggul!
Mengapa Suami Berubah?
Dulu-dulu masa zaman bercinta, rasa memang seronok sangat, si abang adalah orang yang sangat penyayang, romantik dan sangat mengambil berat. Tapi.. lepas beberapa bulan atau tahun berkahwin, nampaknya, si suami macam lain sangat. Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan si suami itu berubah….
1. Orang Sekeliling
Satu perkara yang perlu kita fahami, manusia mudah berubah apabila orang di sekelilingnya berubah. Orang sekeliling ini adalah terdiri dari kawan-kawan, jiran tetangga dan termasuk juga diri pasangan. Seringkali terjadi, si suami berubah adalah disebabkan oleh diri pasangannya yang sebenarnya juga sudah berubah. Disebabkan itu, si isteri perlu check dan semak semula, apakah yang bermain di fikiran suami dan apakah pandangan si suami terhadap dirinya dari semasa ke semasa? Kebanyakan isteri tidak sedar tentang perkara ini.
2. Kerjaya
Perubahan pada kerjaya juga boleh menyebabkan perubahan yang besar pada sikap seseorang. Perubahan kerjaya ini bukanlah bermaksud bertukar kerja semata-mata, tetapi, perubahan pangkat serta tugas juga boleh menyebabkan si suami berubah. Jika dulu waktu kerjanya pendek, kini waktunya mungkin lebih panjang, lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas menjadikan lebih banyak tekanan serta bebanan yang perlu ditanggung. Secara tidak sedar, kadang-kala, masalah yang berlaku di tempat kerja, terbawa-bawa oleh suami hingga ke rumah.
3. Ekonomi & Sosial
Faktor ekonomi sememangnya mampu memberikan kesan yang besar kepada sesiapa sahaja. Masakan tidak, pihak JAKIM sendiri pernah melaporkan, kadar penceraian rumahtangga di Malaysia, telah meningkat sewaktu krisis ekonomi melanda negara.
4. Fitrah
Kadang-kala, si suami itu sebenarnya memang tidak pernah berubah pun. Sewaktu bercinta, dia nampak romantik dan penyanyang sangat.. tapi lepas berkahwin, lain pula jadinya. Sebenarnya, sikap suami sewaktu sedang bercinta dulu, adalah bukan sikap yang sebenar. Hanya selepas berkahwin, barulah si lelaki, memaparkan sikapnya yang sebenar. Sememangnya begitulah fitrah sikap beliau.
Masihkah ada harapan?
Dalam ebook ini disenaraikan 42 karenah suami seperti suami tidak bekerja, suami lemah mental, suami lemah tenaga batin dan banyak lagi serta jalan bagi setiap masalah tersebut.
Moga sedikit sebanyak dapat membantu anda mencari ikhtiar dan membuka jalan bagaimana anda boleh mengubah suami anda menjadi suami yang unggul yang anda idam-idamkan.
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj
Penulis & Pakar Motivasi
Reviews
There are no reviews yet.