Sepanjang 3 hari contest berlangsung bermula 11 Feb hingga 13 Feb 2022, page Contest Topup RM100 (https://nakcontact.com/contesttopup100) dapat 133 pengunjung dengan 228 pageviews.
Daripada 133 pengunjung, hanya 31 orang yang join. Yang lain mungkin ingat ni scam… dituduh scammer (kebanyakkan lelaki tapi perempuan pun ada jugak) Hahaha 😀
Daripada 31 yang join,
- 19 orang yang tidak ikut syarat seperti tidak bagi maklumat diri, tidak follow FB/IG
- 4 orang tidak menjawab soalan (Step 6)
- 6 orang bagi jawapan salah (Step 6)
- 2 orang bagi jawapan yang betul (Step 6)
Soalan bagi Step 6 adalah
Tulis jawapan unik kepada soalan berikut : 3(4x-3i) > 12x-27u
Jalan Pengiraan dan Jawapan Soalan Step 6
3(4x-3i) > 12x-27u
12x-9i > 12x-27u
12x-9i > -27u+12x (kiri & kanan ada 12x. jadi boleh abaikan/potong je)
-9i > -27u (kiri & kanan boleh dipermudahkan dengan sifir 9)
i < 3u
Try taip jawapan (jangan copy) ni dalam whatsapp —-> i <3 u
So.. mana-mana yang bagi jawapan i < 3u / i <3 u / i love u akan diterima sebagai pemenang. 😀
Berdasarkan terma contest, oleh kerana ada 2 orang yang cukup syarat dan berjaya menjawab dengan betul, Hadiah topup RM100 akan dibahagi 2. Setiap orang akan mendapat topup RM50.
Tahniah kepada Amira Nurhadirah dari Negeri Sembilan dan Anis Shahera dari Kelantan.
Tambahan hadiah saguhati. Sepatutnya tak de pun hadiah saguhati ni.. tapi sebab nak menghargai korang yang pening kepala nak jawab soalan step 6 ni… 10 orang (6 orang yang jawab salah & 4 orang yang tak dapat jawab) dapat hadiah saguhati topup bernilai RM10 setiap seorang. 10 orang ni boleh tuntut hadiah saguhati nanti.
Tahniah kepada semua. Follow media sosial eniagaonline untuk dapat info atau join contest lain di masa hadapan (insha Allah kalau ada rezeki dalam bulan Ramadhan nanti).
Sape2 yang nak beli topup telco, topup games, ebook dan lain-lain, boleh beli di sini. Kalau ada yang nak komen, boleh tinggalkan komen di bawah.
Terima kasih.
Admin
eNiagaOnline
12 Rejab 1443H / 14 Feb 2022
Add comment
You must be logged in to post a comment.